Wednesday, February 19, 2014

Tetiba jer...

       Tetiba jer hari ini teringatkan nenekku di kampung. Dah lama aku tidak balik ke kampung nenek untuk menjenguknya. Entah sihat entahkan tidak my grandma. Walaupun aku selalu rindukan my grandma, tapi untuk ke sana amatlah susah because I don't have vehicle to go there. So, need to wait for my brother to bring me and my mum at there. Susah betul nak gerak ke mana-mana kalau tak pandai nak drive and lagi susah kalau tak ada kenderaan. Kalau nak pergi naik bas, nanti kena jalan kaki jauh pula nak masuk kampung. Ish!! susah betul. Huhuhu.

       Teringatkan masakan my grandma tiap kali balik kampung. Even masakan yang cukup simple pun boleh jadi sedap if grandma yang masak. Paling best bangun pagi dapat makan ubi rebus dan air kopi. Terasa nikmat hidup di kampung. Suasana pun nyaman dan damai jer berbanding my hometown, 24jam kenderaan lalu-lalang. Langsung tak best, tapi itu la tempat aku membesar. Bila la agaknya dapat balik menjenguk my lovely grandma. Setiap kali tengok muka grandma, teringatkan my late father. They just look alike, like mother like son ( peribahasa yang aku ubah sendiri ). Huhuhu.

        Harap-harap akan ada la kesempatan untuk aku balik menjenguk my grandma. Sebab arwah abah sangat menyayangi nenek, so aku pun perlu menyayanginya dengan sepenuh hati. Meluangkan masa bersama nenek ibarat dapat mengimbau kenangan bersama arwah abah yang tersayang. Semoga arwah abah, ayah, atuk, tok mek dan adik ditempatkan bersama orang-orang yang mulia dan dirahmati Allah. Amin. Semoga hari esok masih ada dan sentiasa diberi kesempatan olehNya.

Wednesday, February 5, 2014

Pengalaman Interview Guru Tadika yg Tidak Dapat Dilupakan @_@

      Guru tadika merupakan salah satu kerja yang aku minati. Semalam, time aku tengok-tengok iklan kat mudah.com.my, nampaklah iklan kekosongan guru tadika. So, apalagi terus aku call nombor yang diberi ( itu pun after aku dah cek wujud ke tak tadika tersebut ). Then, cakap punya cakap, puan punya tadika tu pun terus suruh aku datang interview keesokan harinya ( hari ini ). Aku terus je setuju, peluang dah depan mata..tunggu buat ape lagi. Grab je la peluang yang datang. Malam tu, punya la bersungguh-sungguh aku study ( actually aku study pasal latar belakang tadika tu je dan tengok la sedikit pasal hukum tajwid, doa-doa dan sebagainya ). Dah namanya pun tadika Islam, confirm sedikit sebanyak akan menyentuh bab-bab agama.

        Pagi-pagi lagi aku dah bangun even rasa sakit kepala dan malas menguasai diri. Demi kerja yang aku minati, aku gagahkan juga diri untuk bersiap. Thanks to my friend Hidayah yang sanggup menemankan aku untuk pergi interview. Interview tu dalam pukul 12pm, tapi kami cool je. Pukul 1030am baru gerak dari rumah. Dari rumah, kami perlu naik bas untuk ke lrt. So, kami naiklah lrt dan berhenti kat stesen Wangsamaju. Time tu pun dah pukul 1130am dan terus gerak ke tempat bas di tingkat bawah. Rasa cam cuak pun ada juga time tu. Yelah, interview lagi setengah jam. Semalam, time cek destinasi bas untuk ke Taman Melawati perlu naik bas T304. Sekali tengok, semua bas kat sana U je ( U24, U20, .........). 

         Time tu juga aku rasa macam nak menangis. Aku dah ajak kawan aku balik semula, tapi kawan aku suruh tunggu dulu dan tanya orang. So, kami tanyalah seorang akak yang ada kat situ dan pak cik driver bas. Rupa-rupanye nak pergi dekat Taman Melawati kena naik bas U20. Baru je nak bernafas lega, sekali pergi tengok dekat platform lagi 38 minit baru bas U20 datang. Mulalah aku start gelabah balik dan fikir punya fikir, lastly aku buat keputusan pergi juga even time tu dah pukul 1140am. Dalam pukul 1155am, akhirnya bas datang juga. Disebabkan kami tidak tahu dekat mana tempat tu, terpaksalah kami memanjangkan leher memandang kawasan yang dilalui. Sekali lagi aku cuak bila aku pandang sign board yang tertulis Jalan Melawati 1, tapi bas yang aku naik melalui Jalan Melawati 2. Kami ambik keputusan untuk turun di simpang jalan memandangkan tadika tu di Jalan Melawati 1. Lagi satu hal pula nak jalan kaki tanpa arah tuju. Nasib kami baik apabila terserempak dengan 3 orang budak sekolah yang berjalan kaki. Sekali lagi aku tebalkan muka untuk bertanya tentang tadika tu. Sekali, adooooiiiiii.. Rupanya depan mata kami je tadika tu. Aku senyum je la pandang budak tu. 

        Sampai dalam tadika, aku tengok ada seorang perempuan yang sedang menunggu giliran dan seorang lagi dalam bilik tengah ditemuduga. Berdebar-debar aku menunggu giliran. Tiba la giliran budak perempuan tadi untuk diinterview pula. Makin la aku gelisah kat luar bila budak tu dekat dalam bilik hampir setengah jam. Time tu juga la aku rasa nak balik. Huhuhu. Finally, tiba juga la giliran aku. Masuk je dalam bilik aku bagi salam dan berilah file dan resume aku sekali. First, aku diminta perkenalkan diri, tempat tinggal, pendidikan dan pekerjaan terdahulu. Aku ceritalah bla bla bla.. Kemudian, pengetua tadika tu tanya kenapa nak jadi cikgu tadika sedangkan ada degree dan apa matlamat aku untuk menjadi guru tadika. Dia tanya juga tentang bacaan al-Quran macam mana, bersedia ke aku untuk berubah dan mendidik kanak-kanak. Paling best ayat pengetua tu "Artis-artis yang cantik dan popular pun dah ramai yang berhijrah, takkan kita yang biasa-biasa ni nak berada pada takuk lama lagikan". Dan aku iakan je kata-kata tu sebab aku setuju dengan statement dia. Then, dia bagitau la semua pasal waktu kerja, cara kerja, gaji dan seangkatannya. Akhirnya, fuhhhhhh!!!!!!!!!!! Selesai juga aku interview dalam 15-20 minit. Itu je la pengalaman interview aku yang amat-amat chaos. Moral value untuk aku sendiri, be prepare and always punctual  bila nak hadiri interview. End of my story.

                 

Sunday, February 2, 2014

Cerita Hari Ini & Akan Datang @_@

           Hari nie dah 02.02.2014.. Dah nak berlalu pun sehari.. Macam mana la agaknya hari2 yg mendatang.. Agaknya still sama cam hari nie or hari2 yg lepas.. Blurr kejap otak den nie.. Kitaran hidup sepanjang sebulan nie langsung xberubah.. Dah boleh jd life cycle pulak, kalau benda nie tetap kekal until minggu2, bulan2 n tahun2 berikutnya.. Wanna make a change, but do nothing.. So as a result, got '0'..

            Daily routine will become as a  bad habit for a long time being.. Without the proper schedule n good management, life will become mess. So, what should I do to make my life getting better n more better (ntah betuiii ke tidak aku punyer grammar..hentam cromo jer la..~lalalalala~...). Agaknye nak kena pegi menuntut ilmu kat gua x aku nie.. Baru ler boleh change aku punye life..huhuhu...

             Asal macam dah kering idea jek nk menulis nie..Dah ler da lama xupdate, nk menulis ketandusan idea ler pulak.. Ish2.. Tak boleh jadi ni, nk kena jumpa tok nujum belalang jugak nampak gayenye.. Kot2 tok nujum boleh kasi brainwash sikit aku punye otak..huhuhu... Tok ooo tok.. Saye datang nie..!!!!!!