Wednesday, February 19, 2014

Tetiba jer...

       Tetiba jer hari ini teringatkan nenekku di kampung. Dah lama aku tidak balik ke kampung nenek untuk menjenguknya. Entah sihat entahkan tidak my grandma. Walaupun aku selalu rindukan my grandma, tapi untuk ke sana amatlah susah because I don't have vehicle to go there. So, need to wait for my brother to bring me and my mum at there. Susah betul nak gerak ke mana-mana kalau tak pandai nak drive and lagi susah kalau tak ada kenderaan. Kalau nak pergi naik bas, nanti kena jalan kaki jauh pula nak masuk kampung. Ish!! susah betul. Huhuhu.

       Teringatkan masakan my grandma tiap kali balik kampung. Even masakan yang cukup simple pun boleh jadi sedap if grandma yang masak. Paling best bangun pagi dapat makan ubi rebus dan air kopi. Terasa nikmat hidup di kampung. Suasana pun nyaman dan damai jer berbanding my hometown, 24jam kenderaan lalu-lalang. Langsung tak best, tapi itu la tempat aku membesar. Bila la agaknya dapat balik menjenguk my lovely grandma. Setiap kali tengok muka grandma, teringatkan my late father. They just look alike, like mother like son ( peribahasa yang aku ubah sendiri ). Huhuhu.

        Harap-harap akan ada la kesempatan untuk aku balik menjenguk my grandma. Sebab arwah abah sangat menyayangi nenek, so aku pun perlu menyayanginya dengan sepenuh hati. Meluangkan masa bersama nenek ibarat dapat mengimbau kenangan bersama arwah abah yang tersayang. Semoga arwah abah, ayah, atuk, tok mek dan adik ditempatkan bersama orang-orang yang mulia dan dirahmati Allah. Amin. Semoga hari esok masih ada dan sentiasa diberi kesempatan olehNya.

No comments:

Post a Comment